TEMERLOH, 1 Januari - Lebih 2,200 pegawai penguat kuasa kementerian akan melakukan pemeriksaan di lapangan setiap hari sempena Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bermula hari ini sehingga 4 Februari nanti.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, premis yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pasar awam, pasar tani, pasar raya serta peniaga di peringkat rantaian pemborong dan peladang.
Menurutnya, pada masa sama kira-kira 1,000 Pegawai Pemantau Harga di seluruh negara digerakkan bagi pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh negara.
"Pelaksanaan skim ini sejak 7 hingga 31 Disember 2021 adalah komitmen kementerian dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos belanja rakyat terhadap keperluan asas dalam waktu pasaran harga yang menunjukkan pergerakan yang tidak stabil atas pelbagai faktor," kata Rosol kepada media selepas bersama pasukan penguatkuasa kementerian melakukan pemeriksaan pematuhan pelaksanaan SHMKM di pasar raya TF Supermarket, di sini.
Bermula 7 hingga31 Disember lalu, sejumlah 25 ribu 897 premis di seluruh negara telah diperiksa.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 85 kes telah dibuka membabitkan nilai kompaun berjumlah RM20,000