fb fb fb fb fb

Beberapa laluan di Kuala Pilah dan Johol ditutup akibat banjir awal pagi tadi

FOTO: GAMBAR HIASAN

KUALA PILAH, 1 Januari - Beberapa laluan di Kuala Pilah dan Johol iaitu di Jalan Kepis-Dangi telah ditutup akibat banjir awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, semua aset polis telah digerakkan bagi membantu operasi banjir di kawasan terjejas dan mengawal laluan yang dilimpahi air.

Kekuatan empat pegawai dan 30 anggota akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Dan saya nasihatkan kepada semua pengguna jalan raya yang mana nak menuju ke Dangi ke Johol atau ke Tampin melalui Kuala Pilah dan turun ke Seremban perlu naik ke jalan lebuh raya terus sampai ke Tampin," kata Supt Amran.


Beliau turut menasihati pengguna jalan raya yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda agar tidak cuba untuk meredah kawasan rendah yang dilimpahi air banjir bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Media Baharu