fb fb fb fb fb

Perpaduan, kepelbagaian masyarakat tunjang kemakmuran dan kesejahteraan negara

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Kuartet Merdeka mahu generasi akan datang terus memelihara perpaduan dan kepelbagaian masyarakat yang menjadi kekuatan Malaysia demi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kepelbagaian dan perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara perlu menjadi wadah yang diwariskan kepada generasi muda.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata, Malaysia dizahirkan daripada kepelbagaian masyarakat yang memperjuangkan kemerdekaan secara bersama dan berlandaskan perpaduan.

(Tan Sri Annuar berkata perpaduan, kepelbagaian masyarakat tunjang kemakmuran dan
kesejahteraan negara)

"Semuanya atas dasar kepelbagaian atas dasar kebersamaan, jadi kalau lihat dari mana yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum. Jadi kalau lihat dari mana kita datang dan ke mana kita nak pergi sebagai sebuah negara.

"Landasannya adalah landasan perpaduan dan ini dalam konteks bagi saya dalam konteks agama Islam misalnya sesuatu yang sangat menepati apa yang dituntut oleh agama sendiri," kata Annuar dalam program bual bicara sebuah stesen swasta malam tadi.

Media Baharu