fb fb fb fb fb

Projek rintis perlombongan nadir bumi di Hulu Perak mula dilaksanakan bulan depan

IPOH, 24 Ogos- Projek rintis perlombongan nadir bumi yang dikenal pasti sebagai lintonite di Hulu Perak akan mula dilaksanakan September ini selepas mendapat kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebelum ini, kerajaan negeri telah memperoleh kebenaran merancang bagi aktiviti tersebut oleh Majlis Daerah Gerik.

"Ada dua lagi kita perlu dapat sebab mereka bagi kebenaran bersyarat. Macam saya katakan kita tidak ada masalah apa sebab JAS telah memberi kepada kita kelulusan itu, jadi saya harap tidak ada masalah lagi.

"Dan ikut jadual kalau ESCP dapat sesuatu kita boleh memulakannya kerana kita adalah negeri projek rintis. Kita ada didatangi orang-orang yang ada kepakaran, pemain industri ini memberi pandangan baik kepada kita. Bagaimana kemungkinan ada lagi kaedah baharu," kata Saarani selepas merasmikan Majlis Penutupan Perak Sejahtera 2030: State Leadership Summit 2022 di sini.

Tempoh perolehan EMP dan ESCP lazimnya memakan masa sekitar tiga bulan.

(Datuk Seri Saarani selepas merasmikan Majlis Penutupan Perak Sejahtera 2030: State
Leadership Summit 2022)

Media Baharu