fb fb fb fb fb

Perolehan Darurat bernilai RM500,000 diluluskan, biayai keperluan mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 telah diluluskan bagi membiayai keperluan segera dan bantuan kepada mangsa banjir di pantai timur.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, ia bagi memastikan barangan keperluan tambahan di stor, mini depoh dan pangkalan hadapan di daerah-daerah terjejas sentiasa tersedia.

Sementara itu, berhubung isu terputus pergerakan di Hulu Besut, Nancy memaklumkan tiga inisiatif berjaya dicapai menerusi pertemuan bersama Ketua Polis Negeri dan Ketua Jabatan Negeri.

Antaranya, penggunaan aset helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar barang bantuan.

Selain itu, pengangkutan darat seperti lori milik Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan Majlis Daerah Kuala Terengganu akan bertindak dalam mengagihkan makanan dan barangan menerusi Depoh Bencana JKM Marang.

Bagi penduduk yang tidak sempat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), boleh berkumpul di premis awam lain seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan JKM dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).


(Foto Fail)

Media Baharu