fb fb fb fb fb

Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil 2022, sasar hala tuju lebih baik DKN

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 Peringkat Kebangsaan akan diadakan 22 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu bersempena dengan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2022.

Program tersebut dijadual berlangsung bermula pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata bukan sahaja karnival penjaja serta jualan murah diadakan, malah ada beberapa pembentangan kertas kerja Dasar Keusahawanan Negara (DKN).

"Pada tahun ini, kita ada beberapa pembentangan kertas kerja berkait dengan Dasar Keusahawanan Negara (DKN). Kita ada juga dasar pembangunan penjaja dan peniaga kecil kita dan ada program bicara dan juga perkongsian daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya.

Selain itu, kita adakan karnival penjaja dan jualan murah sepanjang sambutan ini berlangsung di PICC," kata Ewon Benedick kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu Bicara Naratif.

Beliau berharap perkongsian tersebut dapat memberi dan membina motivasi penjaja selain mengambil iktibar yang sewajarnya untuk beralih menjadi peniaga sederhana pada masa akan datang.


(Foto Hiasan)

Media Baharu