fb fb fb fb fb

PERNAS raikan media menerusi Media Rush by Pernas 2025

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 September – Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) meraikan peranan media dengan menganjurkan Media Rush by Pernas 2025, sebuah aktiviti berbentuk 'treasure hunt' yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini.

Program menghimpunkan hampir 50 peserta termasuk wakil media dari RTM dan kakitangan PERNAS yang bertujuan galakan kerjasama serta interaksi dalam suasana santai.

Peserta diberi tugasan interaktif yang direka khas untuk menguji kreativiti dan semangat berpasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS, Datuk Nor Azam M. Taib dalam ucapan berkata, hubungan baik bersama pengamal media amat penting kerana media bukan sahaja medium menyebarkan maklumat mengenai keusahawanan dan francais, malah berperanan menyokong usahawan dengan memberi liputan serta promosi melalui laporan berita dan platform digital.

"Media Rush by Pernas 2025 dilihat sebagai platform menghargai peranan media di samping mengeratkan jaringan hubungan dalam suasana mesra, seiring usaha PERNAS memperkukuh ekosistem keusahawanan negara", katanya. 

Trainee