fb fb fb fb fb

Permohonan visa umrah 1444 Hijrah jemaah luar negara dibuka hari ini

MAKKAH, 14 Julai - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah 1444 Hijrah bagi jemaah luar negara dibuka mulai hari ini.

Jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Masjid Nabawi mulai 30 Julai ini.

Syarat permohonan visa umrah boleh disemak melalui portal kementerian termasuk bagi agensi umrah dan ziarah dari luar Arab Saudi yang ingin memohon lesen perkhidmatan umrah.

(Foto fail)

Syarikat agensi umrah dan ziarah juga diingatkan untuk melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, keahlian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan dokumen berkaitan.

Pemohon visa juga disyaratkan telah mengambil vaksinasi COVID-19 yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi, selain mempunyai sijil lengkap vaksinasi yang diperakui sah negara masing-masing bagi menjamin pencegahan penularan COVID-19.

Media Baharu