fb fb fb fb fb

Semua 14 kontak kasual pesakit cacar monyet bebas jangkitan

BATU PAHAT, 14 Julai- Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengesahkan semua 14 kontak kasual kepada seorang pesakit wabak cacar monyet yang dikesan bulan lalu, disahkan bebas penyakit tersebut.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, semua kontak kasual yang menetap di Johor diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama seminggu.

Setakat ini, tiada kes baharu cacar monyet dilapor membabitkan kemasukan pengunjung dari Singapura ke Johor.


(Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon)

Bagaimanpun, semua hospital di negeri ini diminta bersiap sedia dan meningkatkan kemudahan serta prosedur yang sama dipraktikkan sepanjang penularan COVID-19.

"Semua mereka menjalani ujian dan tahap kesihatan mereka semua tiada masalah dan tiada jangkitan kes tersebut", katanya selepas merasmikan Bangunan Baharu Unit Hemodialisis Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini.

Pada 6 Julai lalu, KKM mengesahkan seorang rakyat Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura disahkan positif cacar monyet dan mengunjungi beberapa rumah kenalannya di Johor.

Media Baharu