fb fb fb fb fb

Kerajaan bela nasib peneroka tanaman getah, dana bernilai RM6.1 juta diperuntuk

BERA, 14 Julai- Keluh kesah peneroka tanaman getah berhubung harga jualannya yang rendah kini dibela kerajaan.

Kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memperuntukkan RM6.1 juta dana pengurusan tahun 2022 bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn Bhd.

"Dengan pengambilalihan ini, FELDA dan FGV Rubber Industries telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan kos operasi kilang sebanyak 23 sen bagi setiap kilogram getah kering dengan tambahan lagi sebanyak 5 sen apabila mencapai sasaran bulanan," kata Ismail Sabri dalam ucaptama pada Majlis Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaaan di Bera.

Dengan keseluruhan pengurangan sebanyak 28 sen itu, ia akan memberikan tambahan pendapatan sebanyak RM11.2 juta bagi 10,707 peneroka tanaman getah.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaaan di Padang Awam FELDA Rentam, Bera dengan tema sambutan, ‘Kejayaan Dalam Keberkatan’ .

FELDA telah mencipta pelbagai kejayaan sejak 66 tahun penubuhannya.

Majlis turut dihadiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Jusoh.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Media Baharu