fb fb fb fb fb

Permohonan Sijil Pengesahan Arah Kiblat meningkat, tanda masyarakat prihatin

Foto hiasan

SEREMBAN, 27 Disember- Permohonan Sijil Pengesahan Arah Qiblat di premis perniagaan, tanah perkuburan, surau, masjid termasuk juga premis persendirian yang meningkat, menunjukkan keprihatinan dan kepekaan masyarakat berhubung arah kiblat semakin meluas.

Peningkatan tersebut merupakan perkembangan yang positif.

Menurut Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr Faudzinaim Badaruddin, kesedaran itu penting dan seharusnya dilaksanakan secara berterusan dalam usaha memastikan syarat sah solat menurut syarak.

"Kita lihat banyak permohonan sampai setiap hari, hampir setiap hari permohonan untuk menentukan arah kiblat di premis-premis stesen minyak masjid, surau dan sebagainyalah dan kita amat mengalu-alukan kprihatinan mesyarakat terhadap arah kiblat yang betul.

"Ini kerana ia memberi kesan besar dalam konteks ibadat seharian umat Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Arah Kiblat Stesen Minyak Petron Seluruh Negeri Sembilan di Seremban.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan 12 kerusi kitar semula kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Kerusi berkenaan dihasilkan melalui program “Rehydrate and Recycle” stesen minyak terbabit yang berjaya menghimpunkan 500 kilogram penutup botol bagi penghasilan kerusi itu.

ROSLINA BINTI DIN