fb fb fb fb fb

Permintaan lembu 'gemuk' untuk ibadah korban di luar bandar berkurangan

KELANTAN, 6 Julai- Permintaan lembu ‘gemuk’ untuk ibadah korban di kawasan luar bandar di Kelantan tahun ini berkurangan kerana harga haiwan itu yang tinggi.

Penternak lembu di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd. Saiful Basri Mat Yaakob, 46 tahun berkata, lembu bersaiz gemuk boleh mencecah harga RM12,000 sehingga RM20,000 seekor.

Mohd Saiful Basri berkata, harga lembu miliknya tahun ini meningkat mencecah RM7,000 berbanding sebelum ini hanya RM3,000 hingga RM5,000.


(Mohd Saiful Basri Mat Yaakob, Penternak lembu di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, di sini)

Katanya, sebanyak sembilan ekor lembu sudah dijual sejak bulan Ramadan lalu bagi ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha Ahad ini.

"Permintaan itu banyak pasal saya jual awal lagi. Sebab lembu tiada yang kecil. Saya jual awal sikitlah. Kalau saya tunggu buat korban orang tak makan RM1,000 lebih. Baik saya jual awal. Jual atas daginglah, lembu besar jual atas sekor memang orang kampung tidak mahu," kata Saiful Basri.

Saiful Basri yang merupakan penternak bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Gua Musang menceburi bidang penternakan lembu 25 tahun kini mempunyai lebih 40 ekor lembu jenis baka Limousine dan Charolaise yang diternak di dalam ladang kelapa sawit miliknya.

Media Baharu