KUALA LUMPUR, 6 Julai- Seramai 70 kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 termasuk tiga penerima anugerah khas malam tadi.
Lima Kumpulan Inovasi Kreatif turut menerima anugerah penghargaan kerana mengharumkan nama MPAJ di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Timbalan Yang Dipertua, Julaihah Jamaluddin dalam ucapannya berkata, anugerah ini sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja terpilih agar terus berkhidmat dengan cemerlang.
Anugerah disampakan Menteri Besar Selangor, Dato Amirudin Shari.
(70 kakitangan MPAJ terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022/MPAJ)
Dalam majlis berkenaan, MPAJ turut menghargai 12 kakitangan yang bersara serta seorang kakitangan yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Semua penerima menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan sijil penghargaan sementara pesara menerima cenderahati.