fb fb fb fb fb

Perluasan SST: Pastikan agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi tidak tergendala

SST diperluas kepada sektor pendidikan swasta sebanyak 6% bagi pelajar antarabangsa.

KUALA KEDAH, 4 Julai - Kerajaan akan memastikan agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi tidak tergendala dengan pelaksanaan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, langkah penerangan perlu dilakukan kerana peluasaan SST turut melibatkan sektor pendidikan.

SST diperluas kepada sektor pendidikan swasta sebanyak enam peratus bagi pelajar antarabangsa.

" Kepada pelajar antarabangsa, ia dijangkakan melibatkan 5-6 peratus dan perbandingan di Asia Tenggara didapati kadar di Malaysia masih lagi rendah. Namun kita membuka ruang untuk mendengar pandangan daripada mana-mana pihak", katannya .

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah .

Institusi swasta yang mengenakan bayaran yuran melebihi RM60 ribu setahun mesti mendaftar bagi cukai SST yang turut meliputi institusi pendidikan tinggi (IPT) dan pusat bahasa yang mengambil pelajar antarabangsa.

HASRON BIN HASSAN