fb fb fb fb fb

AMM Ke-58: Lencongan trafik berperingkat di 3 lebuh raya, 15 jalan utama Lembah Klang bermula 8 Julai

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Sebanyak tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan trafik secara berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Julai ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri menerusi satu kenyataan memaklumkan, laluan yang terlibat membabitkan jalan masuk dan keluar ke ibu negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta kawasan hotel penginapan rasmi delegasi.

Menurut beliau, raptai pergerakan motoked telah bermula sehingga Ahad, melibatkan 391 petugas JSPT bagi menyelaras pergerakan dari lapangan terbang ke hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur dan KLCC.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai sokongan kepada kelancaran penganjuran acara berkenaan.

“Kenderaan perdagangan dan kenderaan berat pula disarankan agar tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan, khususnya pada waktu puncak, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kerosakan dan kemalangan,” katanya.

 

Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:

7 Julai 2025 (7 pagi sehingga selesai ketibaan secara berperingkat)
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya Elite (KLIA - Putrajaya)
- Lebuhraya MEX
- Lebuhraya KL - Seremban (Sg Besi - Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Abdul Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi


8 Julai 2025 (10 pagi hingga selesai ketibaan)
- Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramle
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC


9 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan dan 4 petang hingga selesai ketibaan)
- Persimpangan Jalan Ampang/Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

 
10 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan, 5 petang hingga selesai ketibaan, 7 malam hingga selesai ketibaan dan 10 malam hingga selesai ketibaan)
- Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC


11 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan)
- Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE