fb fb fb fb fb

Perluas konsep memperkasakan masyarakat, realisasikan agenda hijau negara

(Datuk Seri Ismail Sabri (kiri) bergambar bersama plak Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu hari ini.Turut hadir Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan)/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Konsep memperkasakan masyarakat perlu diperluas bagi merealisasikan agenda hijau negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menghargai usaha masyarakat setempat yang bertindak memajukan sendiri persekitaran mereka agar menjadi lebih hijau dan lestari.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu hari ini/BERNAMA)

"Sebagai contoh, projek komuniti kebun-kebun Bangsar dan kebun-kebun Kerinchi di Kuala Lumpur ini. Menariknya, kebun sayur-sayuran ini diusahakan oleh komuniti setempat menggunakan dana mereka sendiri untuk mendidik dan menggalakkan penglibatan orang ramai dengan hasil tanamannya, turut dikongsi dengan golongan kurang berkemampuan.

"Konsep memperkasakan masyarakat inilah yang ingin saya perluas bagi merealisasi agenda hijau negara. Sehubungan itu, saya mahu agensi kerajaan berkaitan turut membantu terutamanya memudahkan urusan dan memberi bantuan yang diperlukan," kata Ismail Sabri semasa berucap merasmikan sambutan Hari Alam
Sekitar Sedunia di Taman Tugu, di sini.

Media Baharu