fb fb fb fb fb

HFMD kini tahap epidemik di Sarawak

KUCHING, 5 Jun- Jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak kini berada di tahap epidemik.

Ia berikutan peningkatan ketara jangkitan dengan 608 kes direkodkan pada minggu lepas atau Minggu Epidemiologi (ME) ke-20.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian memaklumkan, kes tahun ini meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas.

(Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian)

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak menasihati orang ramai agar berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi menangani penularan wabak itu.

"Ibu bapa juga dinasihatkan agar memastikan anak masing-masing mengamalkan tabiat mencuci tangan dan membersihkan peralatan mainan mereka," kata Sim.

Media Baharu