fb fb fb fb fb

Perlombongan, pengkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi pada 2023

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Sektor perlombongan dan pengkuarian kekal catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 tahun lalu.

Manakala purata terendah dicatatkan sektor pertanian, sebanyak RM2,204.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan berkata, semua sektor ekonomi mencatat peningkatan dalam purata gaji dan upah bulanan pada tahun 2023, berbanding tahun sebelumnya.

Purata gaji dan upah bulanan meningkat kepada RM3,441, berbanding RM3,219 dicatatkan pada tahun 2022.

Peningkatan itu, hasil pelbagai inisiatif pemantapan ekonomi yang dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup tenaga buruh di Malaysia.

Berdasarkan tahap kemahiran, purata gaji dan upah bulanan bagi pekerja mahir naik 7.5 peratus kepada RM5,242.

Manakala purata bagi pekerja separuh mahir bertambah daripada RM2,335 kepada RM2,475.

Secara keseluruhan, peningkatan dalam penengah dan purata gaji serta upah bulanan disumbangkan aktiviti ekonomi dan sosial yang berterusan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE