fb fb fb fb fb

Perlisfm laksana program ronda malam raya

KANGAR, 22 April- Buat tahun ke-6 penganjurannya, Program Ronda Malam Raya Perlisfm adalah program tanggungjawab sosial di lokasi.

Jika sebelum ini program berkonsepkan ziarah ke rumah penerima dan seterusnya menyampaikan sumbangan tetapi tahun ini berlainan sedikit dimana berbentuk permainan iaitu kuiz secara spontan berkaitan lagu-lagu nostalgia Aidilfitri dan teka kotak misteri.

Bagi penerbit Program Ronda Malam Raya, Wan Mohd Ryan Rohidar, "program kali ini seramai 16 penerima dipilih menerima sumbangan berupa barangan cenderahati Perlisfm dan duit raya."

Beliau berkata demikian pada Program Ronda Raya di Bazar Aidilfitri Kompleks C Mart Arau yang turut disertai Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Program berlangsung di empat lokasi iaitu Bazar Aidilfitri Kompleks C-Mart Arau, Bazar Aidilfitri Kangar Jaya, Bazar Aidilfitri Bersebelahan Giant dan Bazar Aidilfitri Taman Sena Indah.

Sumbangan yang disampaikan menceriakan penerima dan bersyukur atas ingatan dan doa pelbagai pihak untuk berkongsi rezeki Syawal ini.

(Fathul Bari Mat Jahya (Baju merah))

Media Baharu