fb fb fb fb fb

JPJ sasar kurangkan kemalangan maut babit motosikal

KUALA LUMPUR, 22 April- Op Motosikal Khas di seluruh negara jadi tumpuan utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Fokusnya adalah mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan penunggang yang makin membimbangkan.

Berdasarkan statistik Op Selamat 2019 dan 2022, kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal ialah 69%, manakala pembonceng pula 65%.

Menurut Timbalan Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedly Fadly Ramly, "Antara jenis kesalahan yang akan menjadi fokus JPJ ialah berkait kesalahan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan dan kesalahan teknikal," katanya di sini.

(Aedly Fadly Ramly (Paling kiri))

Media Baharu