fb fb fb fb fb

Adik Ainul dibantu Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah Jengka

JERANTUT, 22 April- Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah Jengka menyumbang susu formula khas selama setahun kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), Ainul Mardhiah Nurul Ridzuan.

Ainul, 6 tahun, memerlukan susu khas itu sebagai rangsangan untuk memulihkan urat saraf yang rosak akibat nahas jalan raya, dua tahun lalu.

Ainul yang menetap di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut, mengalami gangguan saraf, kelemahan pergerakan dan kecacatan bahagian mata.

Menurut Pengerusi Gabungan Badan Masjid Felda Wilayah Jengka Razak Daud, "jadi adik Ainul ini kita akan bantu untuk membekalkan susu selama satu tahun. Susu ini dicadangkan oleh pihak doktor kerana ia boleh membantu perkembangan kesihatan kepada adik Ainul ini."

Barangan keperluan asas turut disampaikan seperti susu formula, lampin pakai buang, baju raya dan wang tunai.

(Razak Daud)

 

Media Baharu