fb fb fb fb fb

Hias kediaman dengan pelita masih dikekalkan di Sungai Rambai

SUNGAI RAMBAI, 22 April- Meskipun ramai memilih menggunakan lampu warna-warni elektrik atau LED, namun penduduk Sungai Rambai, Melaka; masih mengekalkan cara tradisi menghiasi kediaman dengan pelita, sempena Aidifitri.

Pemasangan pelita tradisional ini mendapat penyertaan sembilan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Rambai melibatkan 14 kampung selain beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Malah ada kediaman penduduk yang turut sama diwarnai cahaya pelita ini.

Menurut ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis, usaha ini secara tidak langsung menjadi langkah awal bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk memperkenalkan budaya ini kerana pengunjung dari Singapura dan Johor akan menggunakan Sungai Rambai.

"Jadi ini merupakan peluang untuk memperkenalkan Melaka sempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 dan kami juga cuba hidupkan semula suasana dan lampu perhiasan untuk pintu masuk Melaka."

Golongan belia turut tidak ketinggalan menyumbang tenaga untuk memasang dan menyalakan pelita tradisional ini.

Azmi Jambi berpendapat, "saya rasa benda ini memang sepatutnya dilakukan pada setiap tahun sebab ia sebagai kenangan lama. Macam zaman kita budak-budak dahulu banyak yang sudah dilupakan."

Bagi penduduk Mohd Riduan Mohd Yusof, "perkara ini bagus terutama untuk golongan belia sebab dapat memperkenalkan budaya pemasangan pelita yang menjadi tradisi orang melayu pada zaman dahulu.

"Sepanjang proses ini orang muda dapat belajar dapat bekerjasama dengan orang lama dan sekali gus dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara kita penduduk Kampung Sungai Rambai.”

(Siti Faizah Abdul Azis)

Media Baharu