fb fb fb fb fb

Aliran trafik hari pertama Aidilfitri lancar

KUALA LUMPUR, 22 April- Hari pertama sambutan Aidilfitri menyaksikan aliran trafik di lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat pukul 9.00 pagi ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), bilangan kenderaan tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan tiada kemalangan yang menyebabkan laluan di lebuh raya ditutup setakat ini.

(Foto hiasan)

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Media Baharu