fb fb fb fb fb

Perlisfm anjur Program Destinasi Raya

SIMPANG EMPAT, 20 April- Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri, Perlisfm turut mengambil pendekatan menganjurkan Program Destinasi Raya bagi menyambut kepulangan perantau ke Perlis.

Program berlangsung di sempadan Kedah-Perlis di Sanglang, salah satu laluan utama menghubungkan kedua-dua negeri.

Menurut Penerbit Program Destinasi Raya, Noor Aziah Ahmad, program yang dilaksanakan saban tahun menjelangnya Syawal ini dengan pengagihan kuih raya dan pelbagai cenderamata kepada perantau sebagai tanda ingatan dan kesyukuran dapat pulang berhari raya bersama keluarga.

"Jadi untuk mengingati mereka, kita berikan sedikit cenderamata dan juga sedikit peringatan mesra tentang keselamatan jalan raya.

"Kita tahu sekarang ini jalan raya agak sesak, jadi untuk memperingati mereka sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, kita adakan sedikit sumbangan untuk mereka balik beraya di kampung halaman masing-masing," katanya.

Beliau ditemui RTM ketika menghadiri Program Destinasi Raya yang diadakan di sempadan Kedah-Perlis di Sanglang.

(Penerbit Program Destinasi Raya, Noor Aziah Ahmad)

Sebanyak 500 beg cenderahati berupa kuih raya dan pelbagai cenderahati disampaikan kepada perantau yang pulang ke Perlis.

Program yang dilaksanakan ini turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan individu yang ingin berkongsi rezeki.

Media Baharu