fb fb fb fb fb

Bekalan barangan runcit di Perlis stabil

(Mohd Sharizan ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Jualan Khas Syawal
Madani Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Kekal)

SIMPANG EMPAT, 20 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menyasarkan nilai jualan mencecah RM250,000 bersempena Program Jualan Khas Syawal Madani yang  berlangsung selama tiga hari mulai 18 April hingga hari ini.

Program jualan itu melibatkan tiga lokasi iaitu Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Agro Kedai Rakyat Azhar Mart, Beseri dan Agrobazar Rakyat Baien Mart, Seriab.

Menurut Pengarah FAMA Negeri, Mohd Sharizan Mansor, pelaksanaan jualan khas ini bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan secara terus daripada pengeluar dengan harga lebih rendah.

Antara barangan yang ditawarkan ialah ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit dan sebagainya.

Pihak FAMA turut menawarkan diskaun bagi pembelian daging lembu dengan potongan sebanyak RM10 sekilogram dan ayam dengan potongan sebanyak RM5 sekilogram.

(Mohd Sharizan berkata Bekalan barangan runcit di Perlis stabil)

"Sebenarnya dari segi bekalan kita membuat pemantauan sepanjang bulan puasa lagi bersama pihak KPDN dan juga pemain-pemain atau pun pembekal-pembekal barangan-barang terutama sayur-sayuran.

"Jadi kalau ikutkan barang agak stabil, tidak ada kekurangan atau rungutan daripada pihak pengguna berhubung kesukaran mendapatkan bekalan terutamanya sayur, ayam, daging, ikan dan juga telur.

"Jadi kita lihat di peringkat runcit sekarang ini bekalan di Perlis agak stabil," kata Mohd Sharizan ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Jualan Khas Syawal Madani Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Kekal, di sini, melibatkan penyertaan 48 usahawan yang memasarkan pelbagai barangan keperluan.

Bersempena program ini, FAMA Perlis turut berkongsi rezeki melalui sumbangan Kit Prihatin Syawal Madani bernilai RM150 kepada lima peserta pasar tani yang ditimpa musibah.

Media Baharu