fb fb fb fb fb

JPJ bertindak tegas kurangkan kadar kemalangan

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 20 Mac- 2,000 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan di 291 lokasi tumpuan yang dikenal pasti mencatat kadar kemalangan tertinggi termasuk kemalangan maut.

Pemandu yang ingkar peraturan jalan raya akan berdepan tindakan tegas, kata Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan.

Selain pemeriksaan di depoh pihak JPJ juga menggunakan kaedah penyamaran bagi memantau etika pemanduan pemandu bas.

Setakat ini tiga kes direkod termasuk pemandu bas menggunakan bahan terlarang ketika memandu.

"Jadi kita memang kali ini agak tegas bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan seterusnya kita mengurangkan kadar kematian kali ini.

"Insya-Allah, supaya semua pemandu nasihat saya patuhi peraturan jalan raya dengan sepenuhnya. Beri nasihat kepada sanak-saudara, abang adik dan sebagainya supaya mereka sama-sama mematuhi bagi mengelakkan tindakan daripada pihak JPJ, yang keduanya selamat sampai ke destinasi," kata Lokman selepas menjadi tetamu khas Program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri di sini.

(Lokman berkata JPJ bertindak tegas kurangkan kadar kemalangan)

Media Baharu