fb fb fb fb fb

Perlis sasar lebih 350,000 pengunjung ke PAT

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli

KANGAR, 16 Februari- Lebih 350,000 pengunjung dijangka memeriahkan Pesta Angin Timur (PAT) yang akan berlangsung di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang Perlis pada 1 hingga 3 Mac akan datang dengan pelbagai aktiviti sedia ada dan baharu.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, penganjuran PAT 2023 mencatatkan kehadiran kira-kira 350,000 orang dan pada tahun ini pihaknya menyasarkan kehadiran pengunjung melebihi angka tersebut.

Ini berikutan, pada tahun ini pihaknya menampilkan pelbagai kelainan termasuk segmen udara sebagai nilai tambah bagi memeriahkan pesta tersebut.

"Elemen pengisian baharu ini...belon udara panas, pertandingan paramotor, payung terjun, 'PAT extream mud challenge', pertandingan kayak, jerami art tunnel, pertandingan seni silat kreatif, cerapan bintang, pembuatan garam belacan teramai, lebih kurang yang kita target seribu", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu siding media di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di Kangar.

PAT adalah acara tahunan bagi memaparkan keaslian dan keindahan cara hidup masyarakat petani Perlis selain mempromosikan kebudayaan tempatan.

ROSLINA BINTI DIN