PULAU PINANG, 16 Februari- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan diperluas di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mahukan PADU diperluas di 911 PEDi seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
"Jadi ia membantu menjimatkan proses, menjimatkan masa dan membantu terutama orang ramai yang menghadapi masalah untuk buat eKYC ('electronic Know Your Costumer'). Jadi pegawai-pegawai DOSM banyak membantu dan saya lihat mungkin kita boleh cadangkan beberapa penambahbaikan bagi mempercepatkan proses," kata Fahmi kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di PEDi Taman Gelugor Indah, Tasek Gelugor di sini.
Tambahnya, dalam lawatan kerjanya di PEDi Taman Gelugor Indah, seramai 1,542 orang telah mendaftar PADU.
Sementara itu, Fahmi berkata kelajuan internet di PEDi seluruh negara telah mencapai 100 Mbps ke atas dengan 80 peratus daripada 911 PEDI, manakala 20 peratus lagi kurang kelajuan 100 Mbps dan enam PEDi telah mencapai kelajuan 300 Mbps.