fb fb fb fb fb

Mod pencarian PATI fokus kepada maklumat orang awam

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Mod pencarian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih bebas daripada Depoh Tahanan Sementara di Bidor kini memfokuskan kaedah mendapatkan maklumat daripada orang awam kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika ini operasi pencarian menerusi sekatan jalan raya sudah dihentikan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa akan melaksanakan tindakan berdasarkan maklumat daripada orang awam.

"Dari segi operasi sekatan jalan, kita telah hentikan. Pencarian kita lakukan daripada maklumat orang awam. Bila dia jumpa, macam setengah itu ada yang pergi ke masjid atau surau. Orang kampung perasan kita kemudian akan pergi.

"Buat masa sekarang, operasi pencarian dalam kaedah biasa itu kita hentikan setelah kita dapat tangkap 101, tolak dua yang meninggal. Bakinya itu adalah yang masih bebas. Mod pencarian kita tukar menerima maklumat daripada orang ramai," katanya dalam sidang media lawatan kerja ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI