fb fb fb fb fb

Perlis kuat kuasa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti bermula 1 November

PERLIS, 14 Oktober- Perkara 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 berkaitan dengan peruntukan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang diluluskan Dewan Undangan Negeri diwartakan hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah memperkenankan pindaan yang diluluskan itu diwartakan hari ini dan dikuatkuasakan mulai 1 November ini.


(Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man)

Dengan kuatkuasanya pindaan berkenaan, semua ahli Dewan Undangan Negeri akan tertakluk kepada pindaan ini mulai dari tarikh kuatkuasa tersebut.

"Wakil-wakil rakyat dewan undangan negeri Perlis adalah tertakluk kepada penguatkuasaan pindaan ini mulai 1 november. Jadi sekiranya pilihan raya ini diadakan, tapi sekarang ini semua adun dah tak ada lagi kalau hari ini dibubarkan, tak adalah. Jadi mulai 1 November, adun-adun yang baru nanti akan dilantik setelah pilihanraya umum yang ke-15 akan tertakluk," katanya pada Sidang Media Khas Perisytiharan Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perlis di Kompleks Dewangan Undangan Negeri.

Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan disokong ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad sebelum dibahaskan oleh setiap ADUN sebelum diluluskan semalam di Dewan Undangan Negeri.

Kesemua 13 ADUN yang hadir masing-masing membahas berkaitan rang undang-undang itu dan sebulat suara menyokong pindaan terhadap Perkara 50, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan) 2022.

Media Baharu