fb fb fb fb fb

PRU ke-15 diteruskan walaupun ada negeri tidak bubar DUN

(Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesemua negeri berhak
membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa)

JASIN, 14 Oktober- Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan tetap diteruskan walaupun enam negeri memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua negeri berhak membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.

"Kerana enam negeri itu dari segi persiapan pilihan raya daripada SPR dari segi bajetnya akan melibatkan kos yang agak tinggi jadi akan menanggung SPR dua kos dan rakyat akan mengundi dua kali.

"Saya dalam mesej pembubaran parlimen saya ada kerajaan negeri, beberapa negeri telah mengumumkan. Jadi saya mencadangkan, mengesyorkan kalau boleh diadakan secara bersama," kata Ismail Sabri ketika ditemui pemberita di majlis perasmian Loji Rawatan Air Kompak Chinchin di sini.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Selain tiga negeri bawah pentadbiran PAS, tiga negeri yang turut tidak membubarkan DUN ialah Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang.

(Datuk Seri Ismail Sabri ditemui pemberita di majlis perasmian Loji Rawatan Air Kompak
Chinchin, Jasin)

Media Baharu