fb fb fb fb fb

Projek TAPS selesai isu sumber air mentah terhad di Melaka

(Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua, kanan) meninjau
kawasan loji pada Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Chinchin 3 Jasin/BERNAMA)

JASIN, 14 Oktober- Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Melaka oleh Kerajaan Persekutuan akan menyelesaikan isu sumber air mentah yang terhad dengan meneroka sumber air mentah baharu di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek itu bakal mengurangkan kebergantungan Melaka pada bekalan air mentah dari negeri lain.

“Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM350 juta melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi pembinaan TAPS Melaka bertempat di Tasik Biru ini bagi menambah sumber bekalan air mentah di seluruh negeri ini.

“Sebagai penyelesaian jangka panjang, kerajaan pusat turut meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi kerja penyaluran air mentah dari TAPS Melaka ke Empangan Jus di daerah Jasin yang dijangka siap pada 2028,” kata Ismail Sabri.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Perasmian
Loji Rawatan Air Chinchin 3 Jasin/BERNAMA)

Kerajaan pusat juga sedang melaksanakan projek pembinaan TAPS Jernih di Alor Gajah dengan peruntukan RM234.7 juta yang dijangka siap pada 2026.

Selain itu, peruntukan RM600 juta telah diluluskan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi projek pembinaan Kolam Dwifungsi di Krubong.

Ia merupakan projek menaik taraf kolam tebatan banjir sedia ada kepada kolam dwifungsi bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di kawasan hilir Sungai Melaka, selain berfungsi sebagai kolam simpanan bekalan air mentah sebelum disalurkan ke Empangan Durian Tunggal.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek itu bakal mengurangkan kebergantungan
Melaka pada bekalan air mentah dari negeri lain)

Media Baharu