fb fb fb fb fb

Perlis komited perangi Aedes

(JKN PERLIS)

PADANG BESAR, 22 September- Kes denggi di Perlis kini terus meningkat kepada 711 kes sehingga minggu lalu berbanding hanya 161 kes sepanjang 2022.

Pelbagai usaha dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri bersama pemimpin setempat dan penduduk bagi menangani peningkatan kes denggi ini.

Menurut Exco Kesihatan Negeri, Megat Hashirat Hassan, program gotong royong mega antara agensi kerajaan dan penduduk, satu usaha berterusan membersihkan kawasan yang menjadi lokaliti wabak aktif denggi.

"Program ini merupakan satu tanggungjawab semua pihak dalam menjaga kebersihan persekitaran yang optimum bagi kesejahteraan kesihatan sejagat yang mana dengan pelaksanaan program ini, dapat mengurangkan peratus tempat pembiakan nyamuk Aedes sekaligus penurunan kes dan wabak demam denggi," jelasnya.

Beliau memaklumkannya ketika menyertai program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 dan World Clean Up Day 2023 di Kampung Kolam, Mukim Titi Tinggi, Padang Besar.

Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Titi Tinggi, KTMB Padang Besar, penduduk Kampung Kolam serta agensi-agensi kerajaan yang lain melibatkan penyertaan lebih 200 peserta.

Sebanyak satu tan sampah sarap terdiri dari barangan dan bekas berpotensi menjadi pembiakan nyamuk Aedes telah berjaya dikutip oleh peserta.


(JKN PERLIS)


(JKN PERLIS)

Media Baharu