fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

PM adakan pertemuan dua hala dengan Iraq, Thailand

KUALA LUMPUR, 25 September - Malaysia perlu mencari dasar baharu yang lebih segar, teratur dan berdaya maju untuk menangani kelemahan pengurusan lembangan sungai, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dasar baharu yang lebih teratur dan berdaya maju perlu segera dirangka untuk mengatasi isu kelemahan pengurusan lembangan sungai.

Titah baginda, ini penting bagi memastikan usaha melestarikan sungai dapat dilaksanakan secara tuntas (menyeluruh).

"Kebanyakan air sungai menjadi keruh, dan ada ketika berbau dan bertukar warna. Sampah sarap dan pelbagai buangan lain bertompokan dari hulu hingga ke hilir baik di permukaan begitu juga di dasar sungai.

"Bukan sahaja kualiti airnya berada pada tahap yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan manusia, malah sarat dengan sampah sarap dan yang paling mencemari serta merosakkan sungai ketika ini ialah botol, beg dan bahan-bahan plastik," titah baginda ketika melancarkan buku Tafsir Mawdui Sungai di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya di sini, hari ini.

(Datuk Seri Anwar bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin)