Perkukuh keupayaan tentera darat, hadapi keselamatan serantau

Foto BERNAMA

MELAKA, 17 November– Kesiapsiagaan dan keupayaan tentera darat negara-negara ASEAN perlu terus diperkukuh bagi menghadapi cabaran keselamatan serantau yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesatuan negara anggota ASEAN penting untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan rantau.
  • Latihan bersama, penyelarasan operasi dan perkongsian maklumat perlu dipertingkat bagi memperkukuh kesiapsiagaan tentera.
  • Keupayaan komunikasi serta perkongsian data penting untuk operasi bantuan kemanusiaan, bencana dan kawalan keselamatan sempadan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman berkata, kesatuan antara negara anggota penting bagi memastikan rantau ini kekal stabil dan selamat.

Katanya, ancaman keselamatan bukan tradisional, bencana akibat perubahan iklim, operasi grey-zone serta perkembangan teknologi yang pesat memerlukan pendekatan lebih tersusun.

“Latihan bersama, penyelarasan operasi dan perkongsian maklumat perlu dipertingkat bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan tentera negara anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Perasmian Mesyuarat Ketua-Ketua Tentera Darat ASEAN ke-27 (ACAMM) dan Mesyuarat Tahunan Sarjan Mejar ASEAN ke-14 (ASMAM) dekat sini.

Menurut beliau, keupayaan sistem komunikasi dan perkongsian data untuk kerjasama operasi juga penting, khususnya operasi membabitkan bantuan kemanusiaan dan bencana serta kawalan keselamatan sempadan.

Tambah beliau, tentera darat turut memainkan peranan penting dalam menangani krisis menerusi keupayaan bertindak segera di lapangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.