fb fb fb fb fb

Perkhidmatan PDU dihentikan sementara berikutan insiden helikopter terhempas

IPOH, 27 Oktober - Perkhidmatan Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dihentikan sementara berikutan insiden helikopter terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highlands, semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia bagi menunggu penilaian keselamatan dan perbincangan dengan syarikat penerbangan, selain proses kaunseling untuk sebuah lagi pasukan PDU PKD berkenaan supaya yakin meneruskan perkhidmatan.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Saya tidak jangka kita akan tangguhkan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang lama...mungkin untuk temph masa yang sekejap sahaja untuk kita dapatkan kepastian daripada syarikat penerbangan.

"Kedua, untuk kita buat persiapan di unit yang kedua untuk sambung kerja perkhidmatan pasukan doktor udara. Sudah pasti pasukan yang kedua risau hendak pergi misi mereka...saya telahpun minta supaya taklimat dan kaunseling diberikan kepada pasukan kedua ini," katanya selepas melawat kesemua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Semalam pesawat yang dinaiki lima anggota pasukan perubatan dan seorang juruterbang itu terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands.

Media Baharu