fb fb fb fb fb

241,470 terima manfaat program Jualan Murah Keluarga Malaysia

(Foto hiasan)

KOTA BHARU, 27 Oktober- 241,470 peniaga mendapat manfaat dengan nilaian jualan berjumlah RM1.67 bilion dicatatkan menerusi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang yang dijalankan di seluruh negara sejak 3 September lalu.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa daripada jumlah itu, RM58.65 juta berjaya disalurkan kepada rakyat dalam bentuk potongan harga, rebat, diskaun, yuran pendaftaran dan yuran transaksi.

Pelaksanaan pelbagai program merakyatkan ekonomi digital akan terus diperhebat ke seluruh negara dalam tempoh terdekat supaya impaknya dicapai secara menyeluruh terutama di peringkat komuniti.

Usaha itu penting bagi memastikan jurang ekonomi digital antara pengguna khususnya peniaga tidak terlalu ketara dalam menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran digital untuk memajukan perniagaan.

(Annuar Musa pada Program Jelajah #Saya Digital Keluarga Malaysia)

Jelas beliau, "Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi tujuan terbabit dan program–program perlu dilakukan secara intensif termasuk memafaatkan sebaiknya kewujudan premis-premis pusat ekonomi digital (PEDi).

"Program itu turut menggalakkan anak-anak muda terutama sekali peniaga atau tidak, ia sebagai satu pendedahan supaya rakyat di peringkat akar umbi membiasakan diri dan mengenali prospek dan peluang yang ada di bawah segmen ekonomi digital."

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Jelajah #Saya Digital Keluarga Malaysia di Politeknik Kota Bharu, (PKB) Kok Lanas, Kota Bharu.

Media Baharu