fb fb fb fb fb

Mini KUD@Padang Terap promosi usahawan kecil

(Produk keluaran JAKOA dijual pada Mini KUD @ Padang Terap)

KUALA NERANG, 27 Oktober- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan hasil jualan produk usahawan desa mencecah RM200,000 menerusi Mini Karnival Usahawan
Desa (KUD) @Padang Terap 2022.

Karnival diadakan di Hadapan Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang di Padang Terap, Kedah dan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 29 Oktober ini.

Program itu dijangka menerima kira-kira 5,000 pengunjung setiap hari.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, program itu menjadi salah satu medium untuk mewujudkan akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli.

Selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar.

Kumpulan sasar bagi mini KUD itu adalah usahawan luar bandar yang telah mendapat bimbingan kementerian, agensi dan usahawan yang berpotensi serta memerlukan bantuan khidmat nasihat bagi meningkatkan produktiviti dan memperkembangkan perniagaan.

(Che Murad ketika ditemui pemberita di Padang terap Kedah)

"Kita jadikan ini sebagai satu platform dan beri peluang kepada usahawan-usahawan luar bandar untuk mereka memperkenalkan produk mereka.

"Kita minta supaya mereka juga cuba untuk mencari peluang-peluang pasaran baru. Kita ada perniahaan padanan perniagaan dan sebagainya. Jadi silalah beramai-ramai ke KUD @ Padang Terap" jelas Che Murad kepada RTM selepas meninjau Karnival berkenaan di Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah.

Lebih 100 usahawan menyertai Mini KUD@Padang Terap daripada kategori makanan, fesyen, kecantikan, kesihatan, kraftangan dan produk pertanian.

Membawa sedikit kelainan, Mini KUD@Padang Terap mengetengahkan beberapa aktiviti tarikan pengunjung baru antaranya Sesi Town Hall bersama Menteri KPLB, forum dan seminar usahawan digital.

Bagi peserta yang meminati aktiviti sukan dan mempertahankan diri, pertandingan Sepak Raga Tuju dan Muay Thai turut diadakan.

Tidak ketinggalan Perkampungan Mini Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Pertandingan e-sukan.

'Petting Zoo' pula menyediakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan arnab, rusa, haiwan eksotik serta Pertandingan Ayam Ratu dan Kambing Baka Pilihan Negeri Kedah 2022.

Media Baharu