fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Isnin

(Amaran hujan berterusan tahap waspa dikeluarkan MetMalaysia)

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak, Sabah dan Labuan bermula Sabtu hingga Isnin ini.

Menurut kenyataan tersebut, kawasan di Sarawak melibatkan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

(Foto hiasan)

Media Baharu