fb fb fb fb fb

Penilaian fizikal dan rundingan harga pesawat tempur ringan TUDM selesai - Hishamuddin

(FOTO HIASAN)

SUBANG, 27 Oktober - Penilaian fizikal dan rundingan harga bagi perolehan 36 pesawat tempur ringan (LCA) kini selesai dan sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini laporan penuh berhubung perolehan aset itu juga sudah diterima pihak kementerian.

(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

"Rundingan harga dengan petender yang disyorkan sendiri dengan pengguna akhir iaitu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga sudah selesai dan kini hanya menunggu keputusan Kementerian Kewangan.

"Ini janji saya kepada TUDM. Memang kita perlukan LCA dan percaya, tidak akan timbul masalah jika saya guna kaedah sebelum ini iaitu aset yang ditentukan oleh pengguna akhir sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Batalion 850-10 (MALBATT 850-10) Ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Perolehan itu bakal menggantikan lima jet LCA dua kerusi model BAE System Hawk Mk 108 dan 13 buah model Mk 208 kerusi tunggal buatan Britain yang digunakan lebih sedekad lalu.

Media Baharu