fb fb fb fb fb

Perkeso Perlis sasar 2,500 suri rumah sertai SKSSR

 

KANGAR, 16 September- Sehingga awal bulan ini, 2,369 suri rumah di Perlis telah berdaftar bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sejak  pelaksanaanya pada disember tahun lalu.

Perkeso Perlis menyasarkan 2,500 suri rumah mencarum di bawah skim tersebut sehinga penghujung tahun ini.

Suri rumah secara separuh masa layak dilindungi di bawah usia 54 tahun semasa mendaftar.

Menurut Exco Pembangunan Sumber Manusia Perlis Muhammad Azmir Azizan, SKSSR bukan sahaja melindungi suri rumah daripada  sebarang kaitan kecederaan berkait rutin tugasan harian, malah ia juga merangkumi pencen penakat.

"Setakat ini 2,400 suri rumah telah berdaftar dan kita akan giatkan lagi, untuk sama-sama memastikan kesedaran kepada suri rumah untuk carum skim yang ditawarkan oleh pihak Perkeso ini dan manfaat kepada mereka,"katanya.

Beliau  ditemui pada Karnival Kerjaya Myfutur Jobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Peringkat Perlis di Institut Latihan Perindustrian, Kangar.

Turut hadir Pengarah Perkeso Perlis, Basharudin Khalid.

Lebih 1,200 peluang pekerjaan ditawarkan pada karnival tersebut yang berlangsung selama dua hari , sehingga esok menerusi 25 majikan.


(Exco Pembangunan Sumber Manusia Perlis Muhammad Azmir Azizan)

Media Baharu