fb fb fb fb fb

2,000 sukarelawan mendaftar jadi duta kecil TMM2024

 

BANDA HILIR, 16 September- Lebih 2,000 sukarelawan telah mendaftar untuk terlibat bagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) .

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata , mereka ini akan diberi kursus untuk meningkatkan pengetahuan mengenai lokasi menarik di Melaka.

Sukarelawan akan dipertanggungjawabkan sebagai duta kecil pelancongan dengan memberi panduan dan membantu pelancong yang datang ke negeri bersejarah itu.

"Kita akan mengkaji sebaik mungkin untuk anak muda ini walaupun menjadi sukarelawan tetapi insentif dalam bentuk imbuhan itu kita buat kajian,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Volunteer Tahun Melawat Melaka 2024 di Banda Hilir , Melaka.

Sukarelawan yang menunjukkan prestasi memberangsangkan akan dihargai dengan Anugerah Sukarelawan Terbaik.

Untuk TMM 2024 sebanyak 70 acara telah disusun.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Media Baharu