fb fb fb fb fb

PERKESO Kelantan berjaya tempatkan lebih 37,000 pencari kerja

(FOTO HIASAN)

KOTA BHARU, 22 Oktober - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan berjaya menempatkan lebih 37,000 orang pencari kerja dalam tempoh tiga tahun sehingga September lalu.
 
Pengarahnya, Nora Yaacob berkata kesemua mereka memperoleh pekerjaan dalam pelbagai sektor di Kelantan dan di luar negeri itu.

(Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob)

Untuk itu katanya, tahun ini pihaknya menyasarkan kira-kira 7,000 orang akan memperoleh pekerjaan.
 
Sasaran itu mampu dicapai hasil pelaksanaan beberapa program selain kerjasama baik diberikan majikan.
 
"Sehingga tahun ini, kita ada 31,000 pencari kerja yang aktif di MyFutureJob, adalah amat rugi kalau tidak mendaftar di portal ini kerana banyak faedah dan pekerjaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MYFuturejobs TVET Kelantan 2023, di sini.

Tambah Nora, jumlah pencari kerja di Kelantan yang berdaftar di laman web Myfuture Jobs melebihi 144,000orang untuk tempoh tiga tahun sehingga September lalu.

Media Baharu