KUALA KURAU, 26 Julai - Semua masjid disaran memperluaskan peranan sebagai pusat pembangunan ilmu dan tidak hanya terhad kepada fungsi ibadah semata-mata.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini, berkata pendekatan ini penting bagi memastikan institusi masjid kekal relevan dengan keperluan umat Islam masa kini.
"Kuliah dan ceramah wajar turut meliputi topik kesihatan awam, kekeluargaan dan keselamatan dalam kehidupan harian," katanya .
" Masjid perlu menjadi pusat ilmu yang lebih konferensi, jadi nasihat saya masjid boleh memainkan peranan yang sangat berkesan untuk menyampai ilmu kepada masyarakat," katanya selepas menghadiri Program Singgahsana Budaya Kuala Kurau 1827 di Masjid Batu 1884, Kuala Kurau.
Tambah beliau, kerjasama strategik antara masjid dan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan boleh digerakkan menerusi sesi ceramah berkala yang lebih tersusun.
Pendekatan ini diyakini mampu diperluas ke peringkat nasional selaras gagasan Malaysia MADANI dalam memperkasa masjid sebagai pusat komuniti bersepadu.