fb fb fb fb fb

Bakal warden asrama MRSM perlu ada sifat keibubapaan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki/Foto Asyraf Wajdi

HULU TERENGGANU, 26 Julai – Bakal warden asrama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dipilih berdasarkan latar belakang disiplin selain bersifat seperti bapa dan ibu angkat kepada pelajar, bukannya sebagai penguat kuasa disiplin.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, bakal warden yang bertugas akan diberikan garis panduan tertentu sebagai langkah untuk menangani kes buli.

“Konsepnya ialah kita memerlukan warden yang sepenuh masa, bukan lagi membebankan guru-guru dengan tambahan elaun RM200 hingga RM300 sedangkan mereka tidak berupaya memantau kejadian yang berlaku selepas waktu akademik.

“Kita perlukan individu yang mempunyai latar belakang disiplin tetapi dengan garis panduan tertentu kerana kita mahu warden-warden ini bersifat seperti bapa dan ibu angkat kepada pelajar, bukannya penguat kuasa disiplin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Sebelum ini, RTM melaporkan MARA akan memulakan inisiatif rintis melantik warden asrama dalam kalangan pesara tentera dan polis.

Inisiatif itu akan bermula di MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang selama enam bulan sebelum diperluaskan ke 57 MRSM di seluruh negara..

BERITA BERKAITA

GRACE AISYAH KEDAYAN