MUAR, 26 Julai - Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penipuan dalam talian berkaitan pemberian bantuan SARA.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan, pautan pemberian SARA untuk semua itu dikenal pasti palsu.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga telah menyekat pautan tersebut," katanya semasa menghadiri Program Bakti Komuniti Madani di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar, Johor.
Pautan tersebut muncul selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu, mengenai inisiatif untuk rakyat termasuk bantuan SARA.
Orang ramai diminta hanya mendapatkan maklumat daripada sumber sahir terutama laman sesawang dan media sosial rasmi kerajaan.