fb fb fb fb fb

Perkasa tatakelola institusi infak,elak ketidakpercayaan masyarakat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Forum Serantau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam 2024 (FSY2024) di Putrajaya/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Oktober-Tatakelola institusi infak perlu diperkasakan untuk mengelakkan penyalahgunaan dana sumbangan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap institusi sektor ketiga kewangan Islam itu tidak hilang.

"Terdapat keperluan untuk terus memastikan tatakelola institusi infak berada di tahap yang cemerlang bagi memastikan keberkesanan dan kepercayaan masyarakat terus diperolehi.

"Antara isu utama yang berkaitan dengan tadbir urus infak ialah ketelusan dan akauntabiliti. Masyarakat perlu diyakinkan bahawa sumbangan yang diberikan digunakan dengan cara yang betul dan sesuai",katanya demikian ketika berucap Merasmikan Forum Serantau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam 2024 (FSY2024) di sini.

Bertemakan “Memperkasa Ekonomi MADANI” program dianjur bagi memperkukuh kewangan ekonomi dan kewangan islam menerusi sinergi rangkaian dan perkongsian idea antara ummah di rantau Nusantara.

Forum yang berlangsung sehingga esok itu turut dihadiri oleh 60 penceramah dan ahli panel berpengalaman dari Indonesia,Kemboja, Singapura, Thailand dan United Kingdom.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD