fb fb fb fb fb

KPKT terima tiga sijil pengiktirafan 'Malaysia Book of Records' (MBOR)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (empat, kiri) bergambar kenangan selepas menerima Sijil Malaysia Book Of Record (MBOR) daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBOR Christopher Wong (tiga, kiri) pada Majlis Penyerahan Sijil MBOR Sempena Hari Cuci Malaysia: Pembersihan Mega Seluruh Negara 2024 hari ini/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Oktober- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencipta rekod baharu dengan menerima tiga sijil pengiktirafan 'The Malaysia Book of Records' (MBOR) sempena Hari Cuci Malaysia 2024.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata antara rekod baharu dicapai KPKT adalah penyertaan paling ramai dan serentak seluruh negara, kutipan sisa pepejal terberat dan tempoh masa gotong-royong paling lama.

"Dengan kerjasama semua pihak kita pecahkan tiga bukan satu, tapi tiga rekod. Iaitu jumlah bilangan kita sasarkan 50,000 kita dapat 58,007 orang.

"Jumlah berat kita sasarkan 3000 tan kita dapat 4645.50 tan dan tempoh masa gotong-royong yang paling lama dalam sejarah pukul 8.00 pagi hingga pukul 8.00 malam", katanya.

Tambah beliau, antara negeri yang mencatatkan kutipan sisa pepejal terberat tertinggi adalah Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Beliau juga mengumumkan Hari Cuci Malaysia akan menjadi acara tahunan dan agenda utama untuk kementerian yang dijadualkan pada hari Sabtu terakhir bulan September setiap tahun.

ROSLINA BINTI DIN