fb fb fb fb fb

Orang ramai sambut baik kaunter kerajaan buka waktu rehat

Pembukaan kaunter kerajaan pada waktu rehat disambut baik kerajaan/Foto RTM

AYER KEROH 1 Oktober –Inisiatif pembukaan kaunter perkhidmatan pelanggan Kerajaan Negeri Melaka dan Persekutuan pada waktu rehat disambut baik rakyat negeri 'Hang tuah itu.

Inisiatif berkenaan dilihat memudahkan urusan orang ramai selain bersifat fleksibel.

Tinjauan RTM ke beberapa beberapa kaunter perkhidmatan agensi Persekutuan mendapati ramai yang datang untuk menyelesaikan urusan masing-masing sekitar pukul 1 tengah hari hingga 2 petang.

Bagi pelanggan, Azran Taib, pembukaan kaunter perkhidmatan pada waktu rehat merupakan inisiatif yang amat baik kerana pelanggan tidak lagi perlu membuang masa pada waktu rehat sementara menunggu kaunter dibuka semula.

"Saya rasa inisiatif ini sangat baik kerana pelanggan tidak perlu membuang masa pada waktu rehat sementara menunggu kaunter dibuka semula", katanya.

Sementara itu, Siang Shok Kim yang bekerja sebagai peniaga menyifatkan pembukaan kaunter di waktu rehat secara tidak langsung memberikan gambaran positif berkaitan kecekapan kakitangan awam negeri itu.

"Apabila kaunter dibuka termasuk pada waktu rehat ia menunjukkan kakitangan awam lebih efisien, malah tidak keterlaluan untuk mengatakan inisiatif ini memberikan dorongan atau motivasi kepada rakyat untuk selesaikan urusan berkaitan kerajaan lebih awal daripada tarikh akhir.

Terdahulu pelaksanaan pembukaan kaunter perkhidmatan agensi dan jabatan kerajaan pada waktu rehat itu diumumkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, baru-baru ini.

Pelaksanaannya bertujuan memberikan lebih keselesaan kepada rakyat yang tidak perlu lagi menunggu lama untuk menyelesaikan urusan di jabatan atau agensi berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD