fb fb fb fb fb

Perkasa sektor pelancongan, ASEAN setuju realisasi hasrat bersama

Foto BERNAMA

LANGKAWI, 19 Januari- ASEAN berusaha menjadikan negara serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal dengan memperluas polisi pengecualian visa yang kini dilaksanakan oleh Malaysia ke atas rakyat China dan India.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah itu mempercepat pergerakan dan memudahkan perjalanan dari negara-negara ASEAN.
 
Katanya, ASEAN bersepakat untuk bersama-sama mempromosikan sektor pelancongan selain melihat cabaran yang dihadapi bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

"Untuk perkara ini, ASEAN akan bersama-sama melihat apa yang terbaik apabila pelancong datang ke Malaysia. Bila mereka datang ke Malaysia, mereka mudah ke mana-mana sekiranya visa ini mereka peroleh.

Mereka datang ke Malaysia, juga ke Singapura dan ke Thailand dan ke mana-mana negara ASEAN," kata Mohamad kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemukiman Menteri Luar ASEAN.

Ketika ini, Malaysia memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM